Suasana dan udara petang tadi sungguh nyaman. Tidak ada apa yang hendak dibuat...saya pun menyusun tapak ke Souq Sayyaaraat yang kebetulan berada tak sampai satu rantai dari rumah. Souq Sayyaaraat di Hayyu 'Asyir ini adalah antara yang terbesar di Kaherah. Oh ya!, sebelum lupa...Souq Sayyaaraat tu maknanya pasar jual kereta terpakai. Hampir ribuan kereta terpakai dan tentunya lebih dari ribuan masyarakat Arab Mesir samada pemunya kereta atau pembeli dan tak kurang jugak penengok kereta datang dari seluruh bandar di Mesir ini berjual beli kereta. Hari jualan ialah pada hari Jumaat dan Ahad.
Suasana pada waktu puncak (kalau digambarkan secara bombastik) tak kurang seperti padang Arafah. Lautan manusia Arab, bingit dan bising adalah sebahagian warna-warna Souq Sayyaaraat ini.
Sesampainya saya di sana, saya ternampak seorang anak muda Arab sedang bersandar pada kereta Jipnya buatan Russia. Saya mendekati anak muda ini dan bertanyakan beberapa soalan kepadanya mengenai Souq Sayyaaraat. Satu soalan dijawab dengan satu jawapan. Banyak maklumat yang saya dapat dari remaja Arab ini. Menurutnya...Souq yyaaraat ni bukan sahaja tempat jual kereta..tetapi lebih dari itu. Tempat berjumpa kawan-kawan lama dan bertanyakan tentang perkara yang macam-macam. Bayaran untuk meletakkan kereta di dalam kawasan itu ialah sebanyak LE10.00 dan kalau kereta telah berjaya dijual, pemiliknya kena bayar LE200.00 kepada pengendali tempat jualan tersebut. Begitulah lebih kurang.
Sepanjang 30 minit saya berborak dengan remaja Arab tu...banyak perkataan baru yang saya dapat berkaitan kereta dan banyak juga saya belajar berkaitan budaya masyarakat Arab.
Dalam menapak balik ke rumah..saya terfikir..alangkah baiknya kalau pelajar-pelajar kita menggunakan kesempatan sebegitu untuk mendalami dan memahami bahasa Arab. Bukan sekadar bahasa tetapi yang lebih penting budaya Arab. Budaya Arab dan budaya Melayu ibarat langit dan bumi..namun yang baiknya budaya kita dan mereka disatukan oleh agama.
Saya mula terfikir lagi..alangkah baiknya kalau setiap petang Jumaat. ada pelajar-pelajar kita yang beranikan diri berdamping dengan salah seorang dari ribuan Arab yang ada di Souq Sayyaaraat itu. Carilah yang mukanya berjurus sikit. Bagi salam, perkenalkan diri dan mulakan bicara. Kalau tak lepas dengan bahasa Arab Fusha..cuba Ammiyyah. Hebatnya orang Arab ni..kalau kita salah cakap, dia tak akan suka...tapi dia akan betulkan bahasa kita. Tanyalah apa pun...semuanya akan ada jawapan. Betul ke salah..dia tak kira. Orang Arab tidak akan menunjukkan kebodohan dan kedangkalannya kepada setiap soalan yang kita tanya. Berbanding dengan sebahagian kecil dari kita yang menunjukkan kedangkalannya sebelum bertanyakan soalan. Kalau satu Jumaat dapat 10 perkataan baru....bayangkanlah....
Sebenarnya, terlalu banyak yang boleh dipelajari di sini. Bahasanya, budayanya, lenggok badannya, isyarat tangannya, memek mukanya, cara jalannya dan nya dan nya dan nya. Keberanian dan keinginan kena ada. Apa kita akan kata kepada kengkawan yang belajar bertahun-tahun di UK dan USA..tapi bila balik semakin pekat loghat Temerloh dan loghat Pekannya. Begitulah juga dengan kita yang belajar di Mesir ini.
Fikirkanlah iktibar yang boleh di ambil dari Souq Sayyaaraat ini.
Aik...Takkan melawat jer? Bila nak start beli?
BalasPadamTakkan lari gunung dikejar.
BalasPadamOrang Arab cakap sport rim menda apa aaa? Mazda Astina ada tak? Kalau ada, amik gambor yeak
BalasPadam