Kurang 2 bulan dari sekarang, pelajar saya yang mengambil jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam, program kerjasama IKIP-Universiti Yarmouk, Jordan akan pulang ke Malaysia. Pulang untuk menyertai dunia sebenar seorang yang bergelar graduan. Bidang yang mereka pilih sangat diperlukan sekarang ini. Perbankan Islam.
Kisah mereka akan pulang membawa ijazah dalam bidang kritikal ini telah bermula 4 tahun dulu. Ketika itu mereka kurang pasti tentang masa depan. Saya selalu khabarkan kepada mereka tentang peluang dan masa depan yang cerah dalam bidang ini.
Semasa belajar, sebahagian dari mereka seperti pelajar-pelajar lain...ada yang banyak main, ada yang tidak fokus, ada yang serius, ada yang jarang dan selalu tertidur dalam kelas dan macam-macam lagi. Saya dengan cara saya..selalu berleter dan bagi motivasi. Untuk sedarkan mereka, saya buat test insaf. Jawapan kepada soalan yang saya buat tu, biasanya tidak ada dalam buku. Mereka kena fikir, fikir dan fikir. Soalan memang susah dan sangat susah. Biasanya masa menjawab soalan tu..semuanya berkerut dahi. Serius memikirlah katakaaan. Saya dah tahu dah. Sepandai manapun pelajar saya..mereka pasti tidak boleh menjawab soalan test tu. Memang itulah tujuannya. Supaya tidak ada seorang pun yang boleh menjawab. " Ok, masa dah habis!..tolong hantar kertas cepat!!!!".
Minggu depan saya masuk kelas dan bawa sekali kertas jawapan mereka. Ramai yang dapat 1/20 dan lagi ramai yang dapat 0/20. Bagus tuu. Modal besar tuu. Saya panggil nama seorang-seorang. Sebelum serah ..saya koyak 2 kertas tu..dan baru bagi pada mereka. Semua terkejut. Masing-masing datang ambil kertas dengan muka sedih ( yang buat-buat sedih pun ada jugak ). Bila semuanya dah dapat kertas..baru saya mula berleter.
Macam-macam saya leterkan. Tentang cara belajar, tentang pambahagian masa, tentang cara belajar di universiti, tentang cara buat nota, tentang membuat keputusan dalam hidup, tentang cara menyelesaikan masalah dalam hidup, soal kematangan dalam hidup dan akhir sekali saya sentuh soal harapan mak dan ayah. Seperti biasalah...inilah part yang paling meyentuh. Masing-masing sedih dan masing-masing cuba tahan menangis.
Selepas semuanya saya ceritakan...saya masuk part ke 2. Bagi motivasi. Saya selalu kata pada mereka untuk berjaya memang perlu gagal. Saya yakinkan mereka suatu hari nanti mereka adalah orang yang penting. Semua orang akan bergantung harap kepada mereka. Saya yakinkan mereka bahawa bidang mereka ini punya masa depan cerah bahkan sangat cerah. Saya yakinkan mereka bahawa mereka akan senang hidup nanti. Saya binakan segunung harapan untuk mereka. Akhirnya...muka yang sedih kembali bersinar dengan senyuman.
Kini..apa yang mereka lalui sejak 4 tahun yang lampau akan tiba di pengakhirannya. Semuanya terserah kepada mereka kerana semuanya kini telah menjadi manusia dewasa dan matang dalam berfikir dan bertindak.
Selamat pulang !!!
salam ustaz,tak lama lg,kami plk yg akn berangkat ke jordan,doakan kami ust..ada rezki,kite jmpe di sane ye.. (amin khidzir)
BalasPadamsalam ustaz. semoga ustaz berada dalam keadaan yang bahagia disamping keluarga tercinta. saya mewakili kump. pertama dalam program ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustaz dan seluruh tenaga pengajar yang dalam tempoh 4 tahun ini banyak mengajar dan banyak memotivasikan kami. jasa dan pengorbanan itu tidak dapat kami balas di dunia ini walau setinggi mana pn kedudukan kami. TANPA ANDA, KAMI TIDAK AKAN BERJAYA. TANPA ANDA, SIAPALAH KAMI. dengan doa yang tulus ikhlas kami panjatkan ke hadrat Ilahi, semoga guru-guru kami sentiasa dalam keadaan sihat untuk meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dan meneruskan perjalanan ilmu...Amin
BalasPadam