Khamis, 18 Jun 2009

Jadilah Seperti Yang Diimpikan

Semalam...student saya di Univ. Yarmouk, Jordan masing-masing senyum tak putus. Suka sangat dapat ambil sijil dalam majlis konvokesyen.Ada yang terharu...ada yang sedih ..ada yang tak tau apa nak cakap dan ada yang macam-macam lagi. Memang seronok kalau dah habis belajar ni..macam-macam kita boleh buat perancangan. Boleh kerja..boleh kawin..boleh tidur puas-puas dan macam-macam boleh.

Rupa-rupanya 4 tahun tu tidaklah lama sangat bagi orang yang tak endahkan 4 tahun tu...tapi kalau hari-hari kira bila nak sampai 4 tahun..tu yang lama tu. Esok lusa semuanya akan meninggalkan bumi Jordan yang kata mereka banyak sangat kenangan. Ada yang kata sayang nak tinggalkan Jordan...sedih nak tinggalkan Jordan ( mengada-ngada sungguh..dulu masa mula-mula sampai...banyak ngat songehnya...air tak de lah..tak seronok lah...jauh dari mak ayah lah dan lah dan lah dan lah ). Tapi bila sampai di penghujungnya...rindu lah..sedih lah dan lah dan lah dan lah.

Ada yang tanya saya...apa perasaan saya bila dapat tau mereka dah tamat belajar...saya kata biasa saja.Cuma yang saya akan terkilan dan agak sedih kalau mereka tidak jadi seperti yang mereka impikan.

Sebenarnya.... jauh di sudut hati saya ...ada perasaan gembira dan terharu dengan budak-budak ni. Mana tidaknya...sebelum masuk IKIP...saya cari mereka di sekolah-sekolah..pilih dan bila dah masuk IKIP..saya ajar..marah..nasihat...marah...nasihat..tunjuk jalan...ajar lagi...dan begitulah saya dengan mereka.Gembira sebab mereka tak marah apa yang saya buat pada mereka.Terharu sebab apa yang saya buat pada mereka dulu ...akhirnya dapat membuat mereka jadi gembira hari ini.

Tahniah buat semua.......dan bila sampai kat rumah masing-masing nanti....rehat sehari dua...lusa boleh ambil masa untuk mula memikirkan apa yang dicita-citakan sebelum ini. Bila dah ada idea apa nak buat untuk masa depan...jangan terburu-buru buat keputusan...fikir sewajarnya...buat beberapa pertimbangan...dan.........JADILAH SEPERTI YANG DIIMPIKAN.