" Dubai ! "..kebanyakan rakan-rakan Arab yang saya temui memberikan jawapan yang sama kepada soalan saya. " Pilih satu tempat dalam dunia ni yang akan awak diami sebelum mati".
Kunjungan saya ke Dubai pada penghujung 07 dulu mengesahkan jawapan mereka. Ternyata tempat yang mereka sebut itu penuh warna dan penuh warni. Dubai tak seperti kota-kota lain di dunia. Sebut saja nama Dubai, ramai yang akan ingat kota shopping, kota sejuta tiang, kota ukiran batu, syurga dunia dan lain-lain lah. Mana tidaknya, keluar saja dari airport Dubai, tak ada langsung kereta bawah 2000cc yang parking kat situ...semuanya jenama Merc ke atas. Semua jenis kereta kat situ..kalau bawak bawah 120km/jam...akan berlaku 2 perkara kepada pemandunya. Kena sepak dengan pemandu kereta belakang dan enjin rosak. Begitulah umpamanya lebih kurang. Jenama kereta..semewah-mewahnya dan selaju-lajunya.
Perjalanan saya dari airport ke hotel cukup meletihkan...letih sebab leher dan mata ni tak henti-henti berfungsi. Sekejap pandang atas...sekejap bawah..sekejap kiri, sekejap kanan dan selalu berpusing-pusing. Hebat!...memang hebat yang namanya Dubai ni.
Dubai dibina sedemikian rupa oleh penjaganya kerana katanya, sumber minyak yang menjadi modal kekayaan masyarakatnya semakin berkurangan. Lalu ditukar dari sebuah padang pasir kepada sebuah padang batu yang moden dan canggih dengan tujuan kota canggih ini pula akan menjana pendapatan si Dubai. Kalau ditajsimkan Dubai ni, samalah seperti seorang kaya menghabiskan duitnya membina rumah dan bangunan untuk disewa kerana bimbang duitnya di bank semakin berkurangan!.
Dubai memang moden dan semakin moden sehinggakan kemodenan Dubai sedikit sebanyak dan sehari sebulan telah mengikis identiti orang Dubai. " Orang Dubai dah macam orang putih!...orang Dubai dah macam orang malas! "...keluh orang Dubai yang saya temui. Mana tidaknya, lebih 50% orang Dubai bukan orang Dubai. Orang Dubai hanya duduk kat rumah, jaga kereta mewah dan keluar rumah untuk ke Emirates Mall dan Ibn Batutah Mall dan parking kereta di depan pintu masuk mall-mall tadi. Kalau cakap arab dengan orang Dubai....layanan mereka tidak seperti orang cakap BI...dan kita tak perlu risau kalau tak pandai cakap arab kalau nak ke Dubai!.
Amman, Jordan memang aman. Saya sempat ke sana tahun lepas. Ada kerja sikit. Bandar Amman tak seperti Dubai yang sibuk. Bandar Amman seperti bandar yang aman.
Tak banyak yang saya boleh kongsi tentang Amman ni...cuma bandar bersih dan berada di tempat yang tinggi dari paras laut. Orang-orang Amman macam orang Arab di negara Teluk yang lain. Kaya dan banyak duit dan orang Amman juga macam orang Arab di negara Teluk yang lain....miskin dan kurang duit. Tak macam Dubai, untuk hidup di Amman.....kita kena pandai cakap Arab sebab orang Amman ramai yang pandai cakap Arab!.
Saya suka ke Dubai bukan sebab Dubai kota moden dan canggih...dan saya suka ke Amman bukan sebab bandarnya aman. Tapi saya suka ke sana kerana loghat bahasanya serupa..intonasinya senada dan sebutan hurufnya lembut dan bersahaja!
Ta'aaal hooun...shuu ismak!
tak up date pun...tak kan duk tido lg...
BalasPadam