Rabu, 31 Mac 2010

Tilapia Salai..! Oh...! Tilapia Salai..!

Camne yek rasa makan Gulai Tilapia Merah Salai dengan pucuk ubi serta ikan laeh goreng garing berulam terung bakar bersambal kuini dengan nasi panas beralas daun pisang di bawah pokok dan bertemankan angin sepoi-sepoi dan berpemandangankan Sungai Pahang atau Laut Teluk Cempedak atau Air Terjun Bekelah?

Tentu rasa enaknya tak sama dengan makan Nasi Mandi Kambing Hadhramaut atau Maqlubah atau Mansaf atau Muzah atau Kabab atau Kuftah atau Hamam Mahshi atau Firakh Mashwi atau To'miyyah bil Baid atau Shawarma Lahm atau Firakh Banieh yang berulamkan Salatoh Khudor atau besambalkan Tohinah atau Baba Ghannu atau Turshi walaupun di bawah pokok dan bertemankan angin sepoi-sepoi dan berpemandangankan Sungai Nil atau Laut Merah atau Air Terjun Fayyum.

Tapi yang dah tentu enak bila setiap kali selepas makan semua tu...ada pulak tea atau shai fatlah sukkar barrah atau shai mozbout atau shai bi al ni'naa'......perhhh! cakap pun tak guna....bak kata orang kat sini.." bil hana wa al shifaa " atau " sahtein " !

Tislam Iiiidek ya 'Antar...................................!

Isnin, 29 Mac 2010

High Honor Roll

Wiaam Shakir baru-baru ni dapat anugerah High Honor Roll For Superior Achievement and Academic Excellence 2009/10 dari Salahaldin International School ( SIS ) in Egypt.

Bersaing di kalangan anak-anak Mesir, anak-anak Turki dan mat salleh, budak ni yang dibesarkan di Pekan dan Beserah dapat anugerah tu. Kira-kira ok la tu.


( gambar ni masa gi bekelah kat Terusan Suez )

Mari Belajar Bahasa Arab Cara Orang Pahang-siri 1

Ayaet Hok Oghang Gune Sokmo : ( التعبيرات التي تُستعمَل يومياً )
( 1 ) " awok pe kabo weh! ..."
كَيْفَ حَا لُكَ ؟
( 2 ) "kawan/kaeh/koi sehat jee.."
أنا بِخَيْر
( 3 ) " Poh paleh awok nye'k! "
ْيا سَلام
( 4 ) " bakpenye awok ni weeh..? " / ".. matnye awok ni...?
لِمَاذا أنْتَ هكَذَا؟
( 5 ) "..awok nok kone tu weh..!"
إِلى أيْنَ تَذهَبُ ؟

Sekian untuk kali ini...jumpa di lain siri.

SALAM

" Huh!... lamanya xde entry baru.." keluh saya. Cerita banyak..tapi tak tahu nak mula yang mana satu.

Kengkawan yang asyik baca blog saya ni dah bising..." kalau tak nak update...baik tak payah ada blog! " kata dorang.