Isnin, 4 Mei 2009

Ta'aaal Hooun ....Shuu Ismak!!

" Dubai ! "..kebanyakan rakan-rakan Arab yang saya temui memberikan jawapan yang sama kepada soalan saya. " Pilih satu tempat dalam dunia ni yang akan awak diami sebelum mati".

Kunjungan saya ke Dubai pada penghujung 07 dulu mengesahkan jawapan mereka. Ternyata tempat yang mereka sebut itu penuh warna dan penuh warni. Dubai tak seperti kota-kota lain di dunia. Sebut saja nama Dubai, ramai yang akan ingat kota shopping, kota sejuta tiang, kota ukiran batu, syurga dunia dan lain-lain lah. Mana tidaknya, keluar saja dari airport Dubai, tak ada langsung kereta bawah 2000cc yang parking kat situ...semuanya jenama Merc ke atas. Semua jenis kereta kat situ..kalau bawak bawah 120km/jam...akan berlaku 2 perkara kepada pemandunya. Kena sepak dengan pemandu kereta belakang dan enjin rosak. Begitulah umpamanya lebih kurang. Jenama kereta..semewah-mewahnya dan selaju-lajunya.

Perjalanan saya dari airport ke hotel cukup meletihkan...letih sebab leher dan mata ni tak henti-henti berfungsi. Sekejap pandang atas...sekejap bawah..sekejap kiri, sekejap kanan dan selalu berpusing-pusing. Hebat!...memang hebat yang namanya Dubai ni.

Dubai dibina sedemikian rupa oleh penjaganya kerana katanya, sumber minyak yang menjadi modal kekayaan masyarakatnya semakin berkurangan. Lalu ditukar dari sebuah padang pasir kepada sebuah padang batu yang moden dan canggih dengan tujuan kota canggih ini pula akan menjana pendapatan si Dubai. Kalau ditajsimkan Dubai ni, samalah seperti seorang kaya menghabiskan duitnya membina rumah dan bangunan untuk disewa kerana bimbang duitnya di bank semakin berkurangan!.

Dubai memang moden dan semakin moden sehinggakan kemodenan Dubai sedikit sebanyak dan sehari sebulan telah mengikis identiti orang Dubai. " Orang Dubai dah macam orang putih!...orang Dubai dah macam orang malas! "...keluh orang Dubai yang saya temui. Mana tidaknya, lebih 50% orang Dubai bukan orang Dubai. Orang Dubai hanya duduk kat rumah, jaga kereta mewah dan keluar rumah untuk ke Emirates Mall dan Ibn Batutah Mall dan parking kereta di depan pintu masuk mall-mall tadi. Kalau cakap arab dengan orang Dubai....layanan mereka tidak seperti orang cakap BI...dan kita tak perlu risau kalau tak pandai cakap arab kalau nak ke Dubai!.

Amman, Jordan memang aman. Saya sempat ke sana tahun lepas. Ada kerja sikit. Bandar Amman tak seperti Dubai yang sibuk. Bandar Amman seperti bandar yang aman.

Tak banyak yang saya boleh kongsi tentang Amman ni...cuma bandar bersih dan berada di tempat yang tinggi dari paras laut. Orang-orang Amman macam orang Arab di negara Teluk yang lain. Kaya dan banyak duit dan orang Amman juga macam orang Arab di negara Teluk yang lain....miskin dan kurang duit. Tak macam Dubai, untuk hidup di Amman.....kita kena pandai cakap Arab sebab orang Amman ramai yang pandai cakap Arab!.

Saya suka ke Dubai bukan sebab Dubai kota moden dan canggih...dan saya suka ke Amman bukan sebab bandarnya aman. Tapi saya suka ke sana kerana loghat bahasanya serupa..intonasinya senada dan sebutan hurufnya lembut dan bersahaja!

Ta'aaal hooun...shuu ismak!

Jumaat, 1 Mei 2009

I'tibar dari Souq Sayyaaraat

Suasana dan udara petang tadi sungguh nyaman. Tidak ada apa yang hendak dibuat...saya pun menyusun tapak ke Souq Sayyaaraat yang kebetulan berada tak sampai satu rantai dari rumah. Souq Sayyaaraat di Hayyu 'Asyir ini adalah antara yang terbesar di Kaherah. Oh ya!, sebelum lupa...Souq Sayyaaraat tu maknanya pasar jual kereta terpakai. Hampir ribuan kereta terpakai dan tentunya lebih dari ribuan masyarakat Arab Mesir samada pemunya kereta atau pembeli dan tak kurang jugak penengok kereta datang dari seluruh bandar di Mesir ini berjual beli kereta. Hari jualan ialah pada hari Jumaat dan Ahad.

Suasana pada waktu puncak (kalau digambarkan secara bombastik) tak kurang seperti padang Arafah. Lautan manusia Arab, bingit dan bising adalah sebahagian warna-warna Souq Sayyaaraat ini.

Sesampainya saya di sana, saya ternampak seorang anak muda Arab sedang bersandar pada kereta Jipnya buatan Russia. Saya mendekati anak muda ini dan bertanyakan beberapa soalan kepadanya mengenai Souq Sayyaaraat. Satu soalan dijawab dengan satu jawapan. Banyak maklumat yang saya dapat dari remaja Arab ini. Menurutnya...Souq yyaaraat ni bukan sahaja tempat jual kereta..tetapi lebih dari itu. Tempat berjumpa kawan-kawan lama dan bertanyakan tentang perkara yang macam-macam. Bayaran untuk meletakkan kereta di dalam kawasan itu ialah sebanyak LE10.00 dan kalau kereta telah berjaya dijual, pemiliknya kena bayar LE200.00 kepada pengendali tempat jualan tersebut. Begitulah lebih kurang.

Sepanjang 30 minit saya berborak dengan remaja Arab tu...banyak perkataan baru yang saya dapat berkaitan kereta dan banyak juga saya belajar berkaitan budaya masyarakat Arab.

Dalam menapak balik ke rumah..saya terfikir..alangkah baiknya kalau pelajar-pelajar kita menggunakan kesempatan sebegitu untuk mendalami dan memahami bahasa Arab. Bukan sekadar bahasa tetapi yang lebih penting budaya Arab. Budaya Arab dan budaya Melayu ibarat langit dan bumi..namun yang baiknya budaya kita dan mereka disatukan oleh agama.

Saya mula terfikir lagi..alangkah baiknya kalau setiap petang Jumaat. ada pelajar-pelajar kita yang beranikan diri berdamping dengan salah seorang dari ribuan Arab yang ada di Souq Sayyaaraat itu. Carilah yang mukanya berjurus sikit. Bagi salam, perkenalkan diri dan mulakan bicara. Kalau tak lepas dengan bahasa Arab Fusha..cuba Ammiyyah. Hebatnya orang Arab ni..kalau kita salah cakap, dia tak akan suka...tapi dia akan betulkan bahasa kita. Tanyalah apa pun...semuanya akan ada jawapan. Betul ke salah..dia tak kira. Orang Arab tidak akan menunjukkan kebodohan dan kedangkalannya kepada setiap soalan yang kita tanya. Berbanding dengan sebahagian kecil dari kita yang menunjukkan kedangkalannya sebelum bertanyakan soalan. Kalau satu Jumaat dapat 10 perkataan baru....bayangkanlah....

Sebenarnya, terlalu banyak yang boleh dipelajari di sini. Bahasanya, budayanya, lenggok badannya, isyarat tangannya, memek mukanya, cara jalannya dan nya dan nya dan nya. Keberanian dan keinginan kena ada. Apa kita akan kata kepada kengkawan yang belajar bertahun-tahun di UK dan USA..tapi bila balik semakin pekat loghat Temerloh dan loghat Pekannya. Begitulah juga dengan kita yang belajar di Mesir ini.

Fikirkanlah iktibar yang boleh di ambil dari Souq Sayyaaraat ini.

Selamat pulang !!!

Kurang 2 bulan dari sekarang, pelajar saya yang mengambil jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam, program kerjasama IKIP-Universiti Yarmouk, Jordan akan pulang ke Malaysia. Pulang untuk menyertai dunia sebenar seorang yang bergelar graduan. Bidang yang mereka pilih sangat diperlukan sekarang ini. Perbankan Islam.
Kisah mereka akan pulang membawa ijazah dalam bidang kritikal ini telah bermula 4 tahun dulu. Ketika itu mereka kurang pasti tentang masa depan. Saya selalu khabarkan kepada mereka tentang peluang dan masa depan yang cerah dalam bidang ini.
Semasa belajar, sebahagian dari mereka seperti pelajar-pelajar lain...ada yang banyak main, ada yang tidak fokus, ada yang serius, ada yang jarang dan selalu tertidur dalam kelas dan macam-macam lagi. Saya dengan cara saya..selalu berleter dan bagi motivasi. Untuk sedarkan mereka, saya buat test insaf. Jawapan kepada soalan yang saya buat tu, biasanya tidak ada dalam buku. Mereka kena fikir, fikir dan fikir. Soalan memang susah dan sangat susah. Biasanya masa menjawab soalan tu..semuanya berkerut dahi. Serius memikirlah katakaaan. Saya dah tahu dah. Sepandai manapun pelajar saya..mereka pasti tidak boleh menjawab soalan test tu. Memang itulah tujuannya. Supaya tidak ada seorang pun yang boleh menjawab. " Ok, masa dah habis!..tolong hantar kertas cepat!!!!".
Minggu depan saya masuk kelas dan bawa sekali kertas jawapan mereka. Ramai yang dapat 1/20 dan lagi ramai yang dapat 0/20. Bagus tuu. Modal besar tuu. Saya panggil nama seorang-seorang. Sebelum serah ..saya koyak 2 kertas tu..dan baru bagi pada mereka. Semua terkejut. Masing-masing datang ambil kertas dengan muka sedih ( yang buat-buat sedih pun ada jugak ). Bila semuanya dah dapat kertas..baru saya mula berleter.
Macam-macam saya leterkan. Tentang cara belajar, tentang pambahagian masa, tentang cara belajar di universiti, tentang cara buat nota, tentang membuat keputusan dalam hidup, tentang cara menyelesaikan masalah dalam hidup, soal kematangan dalam hidup dan akhir sekali saya sentuh soal harapan mak dan ayah. Seperti biasalah...inilah part yang paling meyentuh. Masing-masing sedih dan masing-masing cuba tahan menangis.
Selepas semuanya saya ceritakan...saya masuk part ke 2. Bagi motivasi. Saya selalu kata pada mereka untuk berjaya memang perlu gagal. Saya yakinkan mereka suatu hari nanti mereka adalah orang yang penting. Semua orang akan bergantung harap kepada mereka. Saya yakinkan mereka bahawa bidang mereka ini punya masa depan cerah bahkan sangat cerah. Saya yakinkan mereka bahawa mereka akan senang hidup nanti. Saya binakan segunung harapan untuk mereka. Akhirnya...muka yang sedih kembali bersinar dengan senyuman.
Kini..apa yang mereka lalui sejak 4 tahun yang lampau akan tiba di pengakhirannya. Semuanya terserah kepada mereka kerana semuanya kini telah menjadi manusia dewasa dan matang dalam berfikir dan bertindak.
Selamat pulang !!!

Sollu 'ala al Nabiyy!


Semalam, sesampainya saya di perkarangan Kompleks Rumah Pahang Hayyu 'Asyir ni..saya terkejut dengan suara bising anak-anak Arab yang sedang bermain bola di dataran kompleks. Hari dah masuk maghrib. Suara masing-masing melampaui 2-3 bukit.Saya turun je dari kereta..saya terus jerit...." Kholaaas ya walaa!! ruuh solli fil beiiit! au hattasil bil buuliiiis!!!"( dah la main tu..pergi balik sembahyang.Nanti aku panggil polis!. ).Semua budak-budak Arab tu buat tak kisah je. Ada seorang daripada mereka yang berkata kepada kawan dia.." mush khooyif " (tak takut langsung).


Dengar je suara sumbang tu..saya rasa tercabar sungguh. Budak -budak Arab yang darjah 3-4 ni tak takut langsung dengan amaran tu. Saya marah lagi dengan suara yang lebih kuat. Sama juga reaksi mereka...buat tak kisah je bahkan keadaan menjadi semakin bising. Saya terus masuk rumah. Lepas je sembahyang Maghrib..saya dengar suara orang bergaduh kat luar rumah. Saya pun keluar. Rupa-rupanya anak-anak Arab tadi sedang bertekak dengan seorang Arab dewasa, abang kepada salah seorang daripada budak-budak tu. Masing-masing dengan hujah dan suara yang tinggi. Semakin lama suara semakin tinggi. Akhir sekali Arab dewasa tu mengalah dan pergi berseorangan.


Saya masuk ke dalam rumah. Duduk atas kerusi dan mula terkenang peristiwa tadi. Rupa-rupanya dengan orang Arab ni..kalau nak menang bertekak dengan puak-puak ni...pastikan suara kita paling tinggi dan dapat bagi hujah yang logik dan masuk akal. Yang pastinya...budak-budak tu menang bertekak sebab 2 perkara tadi. Itu budak-budak. Saya dah saksikan beratus peristiwa orang Arab bergaduh, bertekak dan macam-macam lagilah. Memang 2 perkara itulah asas nak menang. Begitulah kasarnya dan keras kepalanya orang Arab ni.


Sambil termenung dan mengenangkan peristiwa tadi...teringat saya kepada Junjungan Besar Nabi kita. Baginda berdepan dengan orang yang semacam ini dalam berdakwah untuk menegakkan Islam. Yang saya tengok ni..orang yang dah Islam. Lagi dahsyatlah kalau orang zaman Jahiliyyah dulu tuu.


Yang pastinya...memang hebat manusia bernama Muhammad s.a.w ini. Apa Nabi buat bila berdepan dengan manusia kasar dan keras kepala ini?... BERLEMBUT DALAM PERCAKAPAN, SENTIASA TERSENYUM DAN CERITAKAN TENTANG TAUHID DAN ISLAM MELALUI KAEDAH YANG PALING MUDAH DIFAHAMI MASYARAKAT JAHILIYYAH INI.


Sollu 'Ala al Nabiyy!!!!!