Selasa, 8 Disember 2009

Tanpa tajuk

Ada pelajar datang jumpa saya dan berkata...."us...kenapa ye ramai pelajar kita yang tak boleh bahasa Arab?....

Saya tanya dia balik..."tak boleh tu macam mana?. Dia kata...."budak-budak kita ramai yang tak boleh Nahu dan Sorof...".

Saya jawab...."kalau gitu ...bukan tak boleh bahasa Arab...tu tak boleh kuasai tatabahasa bahasa Arab......"

Bagi saya...boleh berbahasa Arab bermakna dan bermaksud ......

1. Boleh bercakap Arab... dan orang Arab boleh faham kita cakap apa dengan dia.. dan kita juga boleh faham apa yang dia cakap..... bercakap Arab dengan sebutan huruf yang betul.

2. Bercakap Arab dengan menggunakan frasa atau istilah yang biasa orang Arab guna...bukan yang kita reka-reka untuk buat kelakar di musim sejuk-sejuk ni....spt : doroba kam al aaaan.

3. Boleh menerima budaya Arab dalam kehidupan kita yang bukan sahaja seharian tapi...sebulanan...dan setahunan...
Ada orang tak faham dengan budaya Arab...dan selalu narrow down kepada tarian gelek je. Mana betul tuuu. Budaya Arab ni macam-macam. Kita kena selalu rasa makanan Arab...'issh dan to'miyyah atau kuftah atau sandawish kibdah atau kuftah dawood baasha atau ishtoh bil 'asal atau jubnah roumi atau jubnah baladi dan atau....cubalah kunyah buah zaiton sekali sekala atau kunyah turshi...Masa mencuba makanan tuu...cubalah sekali sekala jengok Arab kat sebelah tuuu camna dia makan..pastu tiru laa.

Budaya arab jugak ada pada cara orang Arab berfikir dan berinteraksi serta perangai dorang. Biasanya puak-puak ni ...kasar sikit..cakap kuat...bila bercakap bersekali dengan isyarat tangan ( macam orang itali )..bila bawak kereta dah tak ingat kereta orang belakang atau kereta kat kiri atau kereta kat kanan....main redah je..bagi signal ke kiri..masuk jalan kanan..kereta plak asal boleh jalan. Yang penting ada brek dan hon...Yang ni pun perlu diperhati..secara molek-molek.

Budaya Arab jugak ada pada lagu dan nyanyian dorang. Duduk kat Mesir ni kalau layan lagu Ustazah Siti Norhaliza atau layan lagu Ustat Amy search atau layan lagu kumpulan nasyid In Team dari mula datang sampai balik..parah laaaaa. Pantang dengar lagu Arab je terus suruh tutup.."mana boleh gituuuu sedaraaaa"!.Kena dengar gak Kazem Saher tuuu...Nancy Ajram, Amal Hijazi, Khale Sheikh dan belambak lagi yang suara dorang kalau di dengar dek qari Malaysia...berderau darah. Dengar lagu Arab bukan nak suruh lagho. Dengar lagu dan fokus kepada senikata tak sampai jadi lagho. Sebab lagu dan senikata yang dilagukan tu lain sangat. Kalau fokus kat senikata tuu...nanti lagu akan hilang dari pendengaran..yang kita dengar seolah-olah Kazem Saher bercakap atau mendeklamasi senikata jeeee.( falsafah tuu...falsafah ). Dengar senikata pulak bukan dengar saja...fokus kepada bagaimana sebutan huruf dia tu..camna dia sebut jim, ha, dal, sin......lepas tu sebut laaaaa..jangan diam je.

Ishhh...kalau nak cerita pasal budaya Arab niii..tak habis. Belajar bahasa Arab kena belajar budayanya jugak. Baru betoooool!.

Sepanjang saya di Mesir ni...benda-benda ni lah yang saya perhati dan buat kajian. Sebab orang Arab akan perasan kalau kita sudah mula memasuki alam budaya dorang. Dorang akan bagi penghormatan kepada kita sanbil kata..." enta masri " atau " enta 'arabiyy ". Kalau orang Arab kata camtu kat kita....senyum je laaaa. Tu satu pengiktirafan kepada kita. Banyak jugak masa kat sini orang Arab kata begitu kepada saya....masa makan...masa bercakap dengan dorang....masa bawak kereta...masa bertekak....masa dengar lagu....

Cuma kat Mesir ni camna pun kita boleh menghayati budaya Arab..kita tak akan jadi macam Arab sejati kalau kita masih tak sanggup buat satu perkara yang memang dorang suka buat......kencing kat dinding!

1 ulasan:

  1. doroba kam al aannn..lawak la ustaz..
    pukul berape skung...hehehe

    BalasPadam