Malam tadi saya dan rakan-rakan dari pegawai kedutaan Malaysia Kaherah, MSD dan pegawai-pegawai negeri ada dinner dengan Tan Sri KP Pelajaran KPM. Lepas dinner tu ada sesi dialog dan sembang santai dengan Tan Sri. KP...macam-macam isu yang diutarakan...soal STAM....JQAF...dan pelbagai.
Menarik juga bila isu-isu tersebut saya dapat secara first hand dari Tan Sri KP sendiri. Dalam banyak-banyak isu yang Tan Sri KP sebut...ada satu isu yang paling menyentap minat saya dan membuat saya rasa nak meroyan bila mendengarnya. Saya rasa hamam mahshi yang diratah masa dinner tadi mengepak-ngepak nak terbang dari dalam perut...daging khoruf bahagian rusuk yang saya telan tadi...terasa bergerak-gerak untuk bercantum semula menjadi seekor khoruf yang belum disembelih..nasi mandi dari restoran Hadhramaut yang dikunyah penuh selera terasa seolah tidak hancur di dalam perut dan berkumpul kembali untuk bersama-sama keluar menunjuk perasaan kerana sedih mendengar perkhabaran Tan Sri KP.
" kita memang kekurangan sangat guru-guru lulusan Timur Tengah untuk mengajar JQAF..yang ada tak cukup....kita harap pelajar yang balik dari Mesir, Jordan, Syiria untuk mengajar...hanya mereka ni la yang mampu ajar bahasa Arab...budak-budak universiti tempatan tak mampu....TAPI LULUSAN MESIR NI RAMAI YANG TAK BOLEH BAHASA ARAB....kalau temuduga pelajar Jordan...Syiria...penemuduga tutup mata je...dah gerenti dapat....".
Emmmmm....alahai.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan