Kalau berkesempatan ke Suq al 'Ubur..jangan lupa singgah di bangunan al Fawaakeh ( buah-buahan ). Ketika ini ....lorong-lorong di bangunan tersebut didominasi oleh buah mangga. Musim mempelam dah maaaaiiii!.
Saya memang suka makan mempelam. Tapi minat dan suka terhadap durian melampaui suka kepada mempelam. Semasa di tanahair...pantang musim durian... saya pasti tidak melepaskan peluang beli dan makan durian. Tentunya D101, D24, D99 dan durian Kunyit menjadi ratahan ketika itu. Tapi semasa di Mesir ni....yang menjadi musim yang ditunggu orang ialah musim buah mangga. Musim mempelaam dah maaaaii!.
Kunjungan saya ke Suq al 'Ubur kali ni nak cari dua perkara. Ikan dan mempelam. Bila dah dapat ikan yang dicari-cari untuk buat bakar-bakar di sutuh....saya terus cari mempelam. Kawasan bangunan buah-buahan sesak dengan orang Mesir. Masing-masing cari mempelam. Masing-masing bila dah jumpa yang bekenan di hati....mula bertawar dan menawar. Termasuk saya.
Kali ini...bila saya makan mempelam..barulah saya tahu apa ada pada mempelam. Rupanya pada mempelam ada status, ada rasa, ada nikmat dan ada segala apa-apa.
Di Mesir ni...mempelam ada kelas tersendiri berdasarkan jenisnya. Sama jugak macam durian kat Malaysia sana. Di sini ada 'Uwais, Funsa, Sukkari, Taimour, Fons 'Uwais, Hindi Manshawiyy, Zibdiyyah, Ananas, dan Juwaleek.
Cuba bayangkan...mempelam je ada berjenis-jenis... setiap jenis ada rasa sendiri dan ada kelas dan status tersendiri.
No.1 : Fons 'Uwais : Mempelam ni sebesar telur ayam kampung je. Kulit luar kadang-kadang bertompok-tompok hitam, kadang-kadang molek kuning. Biji setebal kertas A4 5 lapis....nipis yang amat. Isi berwarna kuning ala-ala ke merah sikit. Rasa....Tuhan saja yang tahu...manisya..lemaknya..sedapnya dan nya..nya...nya lagi. Sebab tu Fons 'Uwais juara carta mempelam di Mesir. Harga di pasaran...L.E 13.00 - L.E 26.00 sekilo. Status : Elit dan mewah. Kalau kita mintak mempelam jenis ni ditimbang( dijual dalam kotak berat lebih kurang 10 - 13 kilo )...semua mata beri tumpuan pada kita...sambil ditimbang....penjual dan tukang timbang jerit .......
" MABRUUUK!!!!...MABRUUUK!!!! ". Tu lah sedangnya.
No.2 : 'Uwais : Mempelam ni besarnya lebih kurang macam mempelam yang biasa kita jumpa kat Malaysia. Kulit ..hijau kekuning-kuningan. Biji..nipis. Isi... warna kuning raja...tak banyak air sangat. Rasa...manis yang terlalu manis...Di hujung setiap rasa manis tu...akan datang rasa sedap yang tak dapat nak digambarkan. Harga di pasaran...L.E 8.50 - L.E 16.00 sekilo. Status : Elit.
No.3 : Funsa : Mempelam ni macam mempelam epal sikit. Kulit selalunya warna hijau dan kadang-kadang kekuningan. Bau mempelam ni sebijik macam mempelam kuini. Biji....tebal sikit dari 'Uwais ( tapi masih lagi dalam kategorikan nipis oleh PELAM ...(Persatuan Penggemar Mempelam Mesir ). Isi... tebal dan banyak air. Rasa....manis tapi tak semanis 'Uwais. Kalau nak buat sambal mempelam...PELAM syorkan jenis ni. Harga di pasaran...L.E 7.00 - L.E 12.00 sekilo. Status : Separa elit.
No.4 : Taimour : Mempelam jenis ni mendapat jolokan sebagai Mempelam Raja. Menurut penjual tuu....zaman dulu-dulu... Raja Mesir jadikan Taimour ni hidangan pencuci mulut ( agaknya 'Fons dan 'Uwais tak de lagi kot ). Buah...agak besar dan gemuk sikit. Biji lebih kurang macam Funsa. Isi....Kekuningan...memang manis dan sedap sangat..sambil ada lemak-lemak sikit di hujung setiap kunyahan tu. Harga di pasaran...L.E 7.00 - 12 sekilo. Separa elit.
No.5 : Hindi Manshawiyy : Mempelam jenis ni agak panjang membujur bentuknya. Warna kulit luar hijau..tapi isi kuning raja. Kalau penggemar mempelam nak rasa lemak...jenis ni yang paling lemak. Isi tebal jugak tapi tak setebal Funsa. Rasa...yang ni lah di katakan lemak manis. Samada setengah masak atau pun dah masak. Harga di pasaran...L.E 6.50 - 12.00 sekilo. Separa elit.
Mempelam-mempelam lain yang ada jual kat kedai dan tak tersenarai di sini oleh PELAM...jangan lah berasa hati atau tak nak dah berbuah di tahun hadapan. Bukan apa... selain yang di atas tu kata penjual mempelam Suq al 'Ubur.. bukan mempelam... tapi buah untuk dibuat 'asir je atau buah jus mempelam. Sebab tu bila dia bagi saya cuba rasa 'Uwais dan Hindi Manshawiyy....dia kata " haakaza yakuunu mangga !!!!!!".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan