Sambil suara Allahyarham Asri Rabbani menyinggah dan mendiami di kamar bilik pejabat saya lewat alunan lagu Pergi Tak Kembali....ada juga butir-butir permata yang tumpah dari kelopak mata ini dek tertawan, terpesona dan terkesan dengan lunak suaranya melagukan baris ayat demi ayat lirik tersebut.
Asri memang memiliki aura dari suara yang terlunak hasil anugerah dan ciptaan Tuhan untuknya. Suara Asri memang asli dan keaslian itu diguna untuk perjuang agama Tuhan melalui lirik yang dilagukan.
Saya memang mengenali suara Asri semenjak sekian lama. Pertemuan saya dengan Asri ketika saya memjemput beliau menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pelajar saya. Saya minta Asri bicara soal dakwah bermedankan nasyid...dan tentu sekali diakhir ceramahnya saya minta beliau lagukan beberapa lirik dari dendangan popularnya. Ternyata sekali suaranya menguasai sekitar dewan.
Saya juga dikesempatan mengirup teh bersamanya...terus buka bicara soal lagu-lagu beliau. Ternyata cukup ikhlas manusia bernama Asri ini. Rasa yakin saya bahawa keikhlasan inilah yang menjadikan Rabbani subur serta merimbun di tengah khalayak.
Namun kini...Tuhan lebih sayang Asri. Asri telah pergi dan tidak akan kembali...semoga Asri tenang menunggu hari bicara seluruh umat..dan kita pasti akan bersama Asri di suatu ketika nanti......al Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan