Rabu, 29 Julai 2009

Mak Suruh Balik!

Terima kasih laaa kepada adik beradik yang cipta kapal terbang tuu...dan terima kasih laa kepada Universiti al Azhar bagi cuti selepas exam.... dapat jugalah budak-budak al Azhar ni balik ke Malaysia. Kalau naik kapal...mungkin tidak berbondong-bondong dorang balik.

Tahun ini memang ramai budak-budak saya yang balik. Ada yang dah lama tidak balik, ada yang tahun lepas baru balik dan ada yang baru balik dah nak balik lagi. Memang banyak duit betul lah dorang ni. Tambang tiket lebih kurang L.E 3000-L.E4000 ( USD 716.00 )...banyak tu. Kepada pelajar-palajar Pahang yang balik samada di Mesir, Jordan atau di Maghribi atau di mana-mana saja...tahniah laaa sebab dapat makan durian dan rambutan sekarang ni.

Ramai juga yang apabila saya tanya kenapa balik?......jawapan mereka ...." mak suruh balik ". He..he saya mampu tersenyum je.

Apa yang boleh pelajar buat dengan duit sebanyak L.E 4000 tu. Kalau beli laptop..L.E 4000 tu habis dalam sekelip mata sahaja. Apa gunanya beli laptop dengan harga begitu?...banyak lah gunanya weeh! boleh layari internet..boleh YM...boleh tengok youtube...boleh dan boleh dan boleh. Atau dengan duit sebanyak itu boleh beli handphone Nokia N96..harganya baru L.E 3800 dan baki tu boleh beli topup dan boleh call sapa-sapa yang kita nak call dalam dunia ni.

Memang seronok dapat balik ke Malaysia ni. Apatah lagi dekat nak puasa dan raya. Dapat makan masakan ibu..dapat jumpa kawan lama...dapat jalan kehulu dan ke hilir. SERONOK BUAT SEMENTARA WAKTU.

Saya bila dapat tahu ada pelajar saya yang nak balik...saya selalu berleter kat dorang tentang kisah tidak perlu balik. dan jawapan yang saya dapat di hujung leteran itu..." kami dah beli tiket ustat! ".

Banyak yang pelajar boleh buat dengan duit L.E4000 tu kalau dorang tidak balik. Antaranya:
1. Guna duit tu untuk tingkatkan kemahiran bahasa Arab dan Inggeris. Masuk pusat bahasa.
Malas nak cakap la tentang tahap penguasaan BA pelajar-pelajar Azhar ni. Bukan ramai yang tak reti cakap Arab...tapi ramai yang tak boleh jawab bila orang Arab tanya dalam bahasa Arab... Fusha dan 'Ammiyyah. Ada yang dah tahun 4...tapi bila tengok cerita Arab yang kelakar...senyap.. tak ketawa-ketawa. Masalah besar lah tuu!

Apalah salahnya kalau duit L.E 4000 tu buat bayar yuran masuk pusat bahasa. Dengan duit sebanyak itu... kalau panggil pensyarah Arab datang rumah dan ajar kita sorang-sorang pun tak habis lagi dan dengan duit sebanyak tu..kalau beli software pembelajaran BA dan belajar sorang-sorang kat rumah ..pun tak habis lagi..masih berbaki.

Yang paling kritikal sekali ialah pelajar yang ambil jurusan BA. Ada yang bila keluar keputusan exam...subjek Nahu, Sorf, Balaghah, Adab, Nusus...tak lulus atau sekadar dapat maqbul je. Merekalah yang sepatutnya fikir siang dan malam untuk tingkatkan BA. Kalau setakat pandai cakap Arab 'Ammiyyah macam orang Mesir ni...lupakanlah...sebab 'Ammiyah tu bahasa tak laku kat Malaysia. Tak de orang bentang kertas kerja cakap 'Ammiyah..tak de orang mengajar kat sekolah dan universiti cakap 'Ammiyyah!. Semua orang cakap Arab Fusha...sebab itu bahasa akademik.

Nanti bila balik Malaysia dan nak mengajar...dah tentu kena ajar subjek BA. takkan nak ajar subjek Fiqh kooooooot atau ajar Mantiq. Dan dah tentu orang dari jurusan Syariah tak nak mengajar subjek Nahu.

2. Beli kitab dan majalah dalam bahasa Arab dan Inggeris untuk tambah maklumat dan perkataan.
Dah ramai dah pelajar yang saya tanya..." awak beli suratkhabar Arab berapa kali seminggu? "....dan dah ramai dah pelajar yang jawab.." tak beli poooon ustaaaat!". Ini satu lagi masalah pelajar kita ni. Tak nak beli suratkhabar Arab sebab tak tau nak baca...tak faham bila baca. Beli suratkhabar Arab sebab nak baca dan beli sebab nak belajar bahasa sambil membaca adalah 2 perkara yang sangat berlainan. Bila niat beli tu sebab nak baca dan bila baca banyak perkataan tak faham...maka terus mati semangat dan tak baca dah. Tapi bila beli sebab nak belajar bahasa sambil membaca dan bila baca tak faham ..kita terus buka kamus dan hafal makna perkataan...baru boleh faham! BARU LAH SEMANGAT NAK BACA TU TAK MATI SEBAB BANYAK PERKATAAN KITA DAH RETI!.

Dengan duit sebanyak L.E 4000 tu....jangan cakaplah berapa majalah, suratkhabar dan buku yang boleh kita beli. Banyoooook weeeh!.

3. Kumpul dan guna duit tu untuk buat Umrah dan Haji.
Yang ini..saya tak nak cakap banyak lah.Sebab pelajar Azhar semua tahu.

4. Kumpul dan guna duit tu untuk jelajah dunia.
Pelajar boleh ke Eropah atau ke benua lain kalau mahu.Tambahkan pengalaman dengan melihat dunia, adat dan peradaban orang lain. Nanti pandangan dunia kita ( world view ) akan berubah. Tidak hanya melihat sampah sebagai sampah yang kotor dan jijik....tapi melihat sampah sebagai sebahagian sumber kehidupan ( sebab sebahagian dunia lain menggunakan sampah sebagai bahan penjana kuasa elekterik ). Melihat budaya dan peradaban dunia lain penting kerana ia menjadikan kita pelajar yang matang dan berfikiran di luar kotak. Apatah lagi pelajar di aliran agama...melihat budaya dan peradaban orang lain membuatkan kita mengguna pakai Usul Fiqh dan kaedah Fiqhiyyah semaksimum mungkin. Melihat budaya dan peradaban orang lain membuatkan kita menjadi seorang yang mudah didekati kerana kita sarat dengan pengalaman untuk dikongsi.

Pendek kata...banyak lagi kegunaan L.E 4000 tu selain dari membeli tiket untuk pulang ke Malaysia.

Jadikanlah upacara menyambut kepulangan kita nanti sebagai upacara yang meriah...kenduri menyambut kepulangan anak di perantauan yang dah 4 tahun tak balik. Riak-riak kerinduan tersinar dari wajah ayah dan ibu..pelukan mereka sangat erat...kekadang terdengar senduan tangisan kecil....terlihat di mata mereka butir-butir mutiara yang semakin menuruni pipi...sanak saudara..kehadiran mereka bertamu hampir menggoyang tiang-tiang di rumah...

Buatlah keputusan dengan sebaiknya .....timbang semasak-masaknya....sebenarnya mak tak minta pun kita supaya balik...tapi dek kerana alasan-alasan yang kita bagi semasa menelefon atau YM atau EVoiz atau Lowrate dengan mereka menyebabkan....MAK SURUH BALIK!!

3 ulasan:

  1. begituh la cite bebudak sana ye ust...sian bebeno...

    BalasPadam
  2. Ada sorang budak Mesir balik cuti bebaru ni...

    Aku jumpa dia jadik peserta kursus Refleksologi (urut kaki) anjuran JAIP bebaru ni.

    Katanya bila balik Mesir nanti, dia nak bukak branch Pusat Urut Kaki Perubatan Jawi kat sebelah kedai air tebu depan Jamek Azhar.

    BalasPadam
  3. Tu bukan budak Mesir tu....budak Mesir datang nak mengaji kat al Azhaaaar..bukan bukak kedai urut kaki kat depan Jamek Azhar.

    BalasPadam