Jumaat, 31 Julai 2009

Biar Mati Anak ...Jangan Mati Adat!

Entah macamana..teringat pulak saya kepada satu ulasan dari seorang penceramah BTN beberapa tahun yang sangat dulu... tentang simpulan bahasa ni. Memang begitulah kadang-kadang kita manusia ni..tetiba je teringatkan tentang satu perkara yang sangat lampau. Menurut guru saya semasa saya bersekolah di Pekan..otak manusia ni tempat simpan memori. Ada tempat yang simpan memori panjang dan ada tempat simpan memori pendek ( long memory bank dan short memory bank ). Gitu lah lebih kurangnya. Ingatan yang kita ingat selalu dan tidak mudah lupa di panggil memori panjang dan begitulah sebaliknya. Yang ni dikira memori panjanglah ni...sebab dah dikisahkan kepada saya sekian yang dulu.


Menurut penceramah BTN tu, biar mati anak jangan mati adat ni terkeluar dari mulut orang Melayu kita dah beratus tahun yang dulu....mungkin di zaman Kesultanan Melaka ( agaknye laaaa ...atau mungkin ada benarnya ). Di ungkap kerana ketika itu si pengungkapnya berhadapan dengan satu situasi yang menyebabkan dia mengungkapkannya.


Kata penceramah tu....sebenarnya sebahagian dari orang kita memahamkan maksud simpulan bahasa tu dari sudut yang salah. Ada orang sanggup mempertahankan sesuatu adat sesanggup-sanggupnya. Pendek kata kalau ada orang nak langgar sesuatu adat tu...alamat tak bertegur sapa lah bila-bila...atau orang tu dicop sebagai manusia yang datang dari planet asing dan baru menduduki bumi barang seketika.


Kata-kata orang Melayu dulu kuat dengan adat memang ada benarnya dan sangat benar. Tidak kurang juga dengan orang Melayu zaman ni.


Sebenarnya begini............ ADAT mempunyai beberapa makna yang tak ramai orang tahu dalam konteks peribahasa di atas. Antaranya...ADAT memberi maksud KEBIASAAN. Bila kita kata...ADAT API MEMBAKAR, ADAT PISAU MEMOTONG..maksudnya kebiasaan api itu sifatnya membakar dan kebiasaan pisau itu sifatnya memotong. Dalam konteks peribahasa ni....bukan itu yang dimaksudkan Melayu dulu-dulu...


Antaranya...ADAT memberi maksud FESYEN atau TREND. Kita selalu dengar ada orang tua-tua jawab " AAAAAh.... dah memang adat budak-budak muda sekarang ni begituuuuuuuuu!! "..bila kita tanya pada pakcik tu..." pakcik tak pelik ke tengok budak-budak zaman sekarang ni ...cara diaorang pakai ..cara diaorang bercakap dengan orang tua-tua....tak macam dulu lah! ". Maksudnya fesyen dan trend budak-budak zaman sekarang ni begitu.


Antaranya...ADAT memberi maksud HUKUM AGAMA. Menurut penceramah BTN tu....kalau kita kenang zaman dulu-dulu..zaman yang sangat dulu..sebelum British datang buat karut kat Tanah Melayu ni...Melaka adalah sebuah negeri yang dalam banyak hal mengamalkan kanun dan adat Islam. Agama adalah tunjang kepada masyarakat di sana. Maka katanya...kalau ada si ibu menghalang seorang bapa memukul anaknya kerana tidak sembahyang pada ketika itu....terkeluarlah ungkapan BIAR MATI ANAK ....JANGAN MATI ADAT..bermaksud...biar anak sakit kena pukul sebab tak sembahyang daripada mengabaikan hukum dalam agama.


Inilah maksud sebenar daripada simpulan bahasa tersebut dan kata-kata orang Melayu dulu kuat dengan adat memberi kita faham bahawa mereka kuat mempertahan agama dalam kehidupan mereka.

3 ulasan:

  1. Teringat dengan Bahasa Melayu ni kata HM Tuah suka gunakan penguat kata macam...undur ke belakang...dah tahu undur, sememangnya ke belakang, pelik...mara ke hadapan...naik ke atas...turun ke bawah...dalam bahasa arab ade jugak kan ustaz?(hehe macam takde kaitan dengan tajuk je ni?)

    BalasPadam
  2. Balik Mesia nanti bolehlah join Majlis Ugama Islam dan ADAT RESAM Melayu Pahang. Takder lagi org incas bahagian Adat tu.

    BalasPadam