Rabu, 31 Mac 2010

Tilapia Salai..! Oh...! Tilapia Salai..!

Camne yek rasa makan Gulai Tilapia Merah Salai dengan pucuk ubi serta ikan laeh goreng garing berulam terung bakar bersambal kuini dengan nasi panas beralas daun pisang di bawah pokok dan bertemankan angin sepoi-sepoi dan berpemandangankan Sungai Pahang atau Laut Teluk Cempedak atau Air Terjun Bekelah?

Tentu rasa enaknya tak sama dengan makan Nasi Mandi Kambing Hadhramaut atau Maqlubah atau Mansaf atau Muzah atau Kabab atau Kuftah atau Hamam Mahshi atau Firakh Mashwi atau To'miyyah bil Baid atau Shawarma Lahm atau Firakh Banieh yang berulamkan Salatoh Khudor atau besambalkan Tohinah atau Baba Ghannu atau Turshi walaupun di bawah pokok dan bertemankan angin sepoi-sepoi dan berpemandangankan Sungai Nil atau Laut Merah atau Air Terjun Fayyum.

Tapi yang dah tentu enak bila setiap kali selepas makan semua tu...ada pulak tea atau shai fatlah sukkar barrah atau shai mozbout atau shai bi al ni'naa'......perhhh! cakap pun tak guna....bak kata orang kat sini.." bil hana wa al shifaa " atau " sahtein " !

Tislam Iiiidek ya 'Antar...................................!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan