Khamis, 6 Ogos 2009

Result Exam Dah Keluar!!!! - siri 1

Tahniah kepada yang berjaya...dan tahniah kepada yang tidak berjaya !.

Kepada yang berjaya...teruskan kejayaan itu di masa- masa hadapan. Tingkatkan kerajinan..hebatkan hafalan..kurangkan tidur...selalu bermaafan..

Kepada yang tidak berjaya...jangan fikir kegagalan itu pengakhiran sebuah usaha yang tidak seberapa...kita berhak mendapat sekadar yang kita usahakan. Kalau buat kerja sehari dua je...takkan orang nak bayar gaji sebulan kepada kita !!.

Gagal itu adalah kejayaan di masa depan. Kalau kita masih ingat...masa kecik-kecik dulu.. masa kita belajar nak berdiri dan berjalan...kita selalu jatuh dan tersembam atas karpet atau lantai simen kat rumah. Kadang-kadang benjol kat dahi dan kadang-kadang emak dan ayah terpaksa ambil cuti sebab nak jaga kita kat hospital bila dahi kena jahit.

Dalam keadaan dahi berjahit pun..kita terus cuba berdiri dan berjalan. Lalu akhirnya kita mampu berdiri dan berjalan sambil dipimpin dengan penuh kasih sayang oleh mak dan ayah kita. Proses yang berlaku pantas itu..sentiasa disulami oleh pesan mak dan ayah supaya sentiasa berhati-hati berdiri dan berjalan. Yang patut dahulu didahulukan... yang kemudian dikemudiankan. Lalu kita mengatur langkah dengan rasa hati-hati. Selalu kadang bila kita kemudiankan yang dahulu dan dahulukan yang kemudian....mak dan ayah akan marah dalam bahasa sayang...herdik dalam bahasa manja..cubit dalam bahasa belai..maka kita kembali ingat bahawa yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.

Maka besarlah kita ketika ini berseorangan jauh dari didik mak dan ayah. Ketika kita sudah mampu berjalan dan berlari semahu kita...pantas atau perlahan.

Kita gagal bukan sebab kita malas..kita gagal bukan sebab kita lemah..tapi kita gagal sebab kita tidak tahu mengurus kemalasan dan kelemahan. Kita tidak tahu mengurus kelemahan dan kemalasan bukan sebab kita tidak berupaya menguruskannya....tetapi sebab kita telah lupa pesan mak dan ayah semasa mengajar kita berdiri dan berjalan....." YANG DAHULU DIDAHULUKAN DAN YANG KEMUDIAN DIKEMUDIANKAN!!!!!"

1 ulasan: