Khamis, 30 April 2009

Azabnya menuntut ilmu di al Azhar


"Azabnya menuntut ilmu di al Azhar!".... keluh seorang pelajar Fakulti Syariah di sini. Saya tanya ..."mengapa cakap camtu?". " Mana tak azabnya...kadang-kadang muqorror yang kita hafal tak keluar imtihan...yang tak hafal tu pulak yang keluar...dah la tuu..kitab sampai 2-3 untuk satu-satu madah...soalan keluar sikit". "Macamana awak study?", tanya saya. "Macam biasa je laa...ikut muqorror yang pensyarah bagi"." Quran?...hafal ke tidak?". " Hafal laaa jugak..kadang-kadang ingat...kadang-kadang tak ingat". " Siapa pensyarah yang mengajar madah Usul Fiqh?", tanya saya lagi. Dia senyum dan tidak menjawab.


Sebanarnya mengaji di al Azhar ni, tidaklah sepayah dan sesusah mana. Ada caranya yang kadang-kadang pelajar tidak tahu dan tidak berapa mahu ambil tahu.


Mula-mula kena faham sistem pengajian di al Azhar ni. Dari dulu sampai sekarang, saya rasa sistem pembelajaran di sini tidak banyak yang berubah. Sistem pembelajaran cara tradisional. Pelajar kena buat 3 perkara asas untuk menghadapi imtihan. Pertama: menghafal. Kedua: menghafal dan ketiga: menghafal.


Mengaji di al Azhar ini tidak susah...tetapi untuk menghafal dan ingat sampai dalam imtihan itulah yang susah!. Untuk menghafal dan ingat hafalan ada caranya. Ramai pelajar yang tidak tahu dan tidak berapa mahu ambil tahu.


Secara logiknya, kalau pelajar tidak tahu nama pensyarah maknanya dia jarang ke kuliah atau mungkin tidak pernah ke kuliah. Saya selalu sebut kepada pelajar...tidak pergi ke kuliah maknanya MENGUNDANG MALAPETAKA BESAR DALAM HIDUP SEBAGAI PELAJAR. Macamana nak tahu apa yang diajar, kalau kaki tidak pernah jejak kuliah dan telinga tidak pernah mendengar suara pensyarah. Belajar di al Azhar bukan setakat pergi dan balik kuliah. Belajar di al Azhar ada bersangkut dengan soal barakah!. Itu yang ramai pelajar tidak tahu dan tidak berapa mahu ambil tahu!

1 ulasan: