Khamis, 30 April 2009

Azabnya menuntut ilmu di al Azhar


"Azabnya menuntut ilmu di al Azhar!".... keluh seorang pelajar Fakulti Syariah di sini. Saya tanya ..."mengapa cakap camtu?". " Mana tak azabnya...kadang-kadang muqorror yang kita hafal tak keluar imtihan...yang tak hafal tu pulak yang keluar...dah la tuu..kitab sampai 2-3 untuk satu-satu madah...soalan keluar sikit". "Macamana awak study?", tanya saya. "Macam biasa je laa...ikut muqorror yang pensyarah bagi"." Quran?...hafal ke tidak?". " Hafal laaa jugak..kadang-kadang ingat...kadang-kadang tak ingat". " Siapa pensyarah yang mengajar madah Usul Fiqh?", tanya saya lagi. Dia senyum dan tidak menjawab.


Sebanarnya mengaji di al Azhar ni, tidaklah sepayah dan sesusah mana. Ada caranya yang kadang-kadang pelajar tidak tahu dan tidak berapa mahu ambil tahu.


Mula-mula kena faham sistem pengajian di al Azhar ni. Dari dulu sampai sekarang, saya rasa sistem pembelajaran di sini tidak banyak yang berubah. Sistem pembelajaran cara tradisional. Pelajar kena buat 3 perkara asas untuk menghadapi imtihan. Pertama: menghafal. Kedua: menghafal dan ketiga: menghafal.


Mengaji di al Azhar ini tidak susah...tetapi untuk menghafal dan ingat sampai dalam imtihan itulah yang susah!. Untuk menghafal dan ingat hafalan ada caranya. Ramai pelajar yang tidak tahu dan tidak berapa mahu ambil tahu.


Secara logiknya, kalau pelajar tidak tahu nama pensyarah maknanya dia jarang ke kuliah atau mungkin tidak pernah ke kuliah. Saya selalu sebut kepada pelajar...tidak pergi ke kuliah maknanya MENGUNDANG MALAPETAKA BESAR DALAM HIDUP SEBAGAI PELAJAR. Macamana nak tahu apa yang diajar, kalau kaki tidak pernah jejak kuliah dan telinga tidak pernah mendengar suara pensyarah. Belajar di al Azhar bukan setakat pergi dan balik kuliah. Belajar di al Azhar ada bersangkut dengan soal barakah!. Itu yang ramai pelajar tidak tahu dan tidak berapa mahu ambil tahu!

Adat Merantau

Setiap perkara yang berlaku kepada diri kita sememangnya telah ditakdir. Begitulah kehendak Tuhan kepada kita. Tidak pernah tersangka suatu hari nanti saya dan keluarga akan merantau sementara ke negeri orang. Bagi saya dan isteri, ia seperti pulang ke kampung halaman. Sudah lebih sepuluh tahun saya meninggalkan pasir dan air sungai Nil ini. Kini saya kembali semula...dan pasir serta airnya masih lagi seperti dulu.


Cerita pahit manis di negara ini yang telah menjadi sejarah lebih 10 tahun yang lalu akan tercoret semula. Sememangnya hidup di atas pasir Mesir ini bukan semudah meneguk air sejuk dari gelas di tengahari yang panas. Banyak persediaan diperlukan. Syukur pada Tuhan...saya sudah menempuhnya 10 tahun yang lalu. Cuma anak-anak kecil saya yang kekadang merasa hairan dan sering bertanya......" baba..kenapa kat sini sejuk sangat!".."baba..kenapa orang arab tu cakap kuat dengan kawan dia?"..."baba..kenapa tempat ni bau hancing?...baba dan baba dan baba.....


Anak-anak saya mungkin antara anak-anak yang beruntung dapat merantau di usia sangat muda. Yang sulong, Ulfa 8 tahun, Wiaam 7 tahun dan Aufa si ammouurah hampir 3 tahun. Apalah sangat pengalaman anak-anak tu. Semuanya baru dan kebetulan yang baru itu sangat pelik dan hairan pada pandangan mereka.